4 Ahli Parlimen BN Tidak Hadir Pertemuan Dengan PH Di Seri Pacific

Politics
21 Nov 2022 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seramai 4 orang daripada 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak hadir dalam pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) pada hari ini, bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

4 ahli Parlimen BN tak hadir pertemuan dengan PH

Menurut Berita Harian, empat ahli Parlimen yang tidak hadir itu ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan dan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli.

image is not available

Seramai 26 Ahli Parlimen hari ini bertemu pemimpin utama PH yang lain bagi mengadakan perbincangan berkaitan sokongan untuk calon Perdana Menteri.

Hishammuddin secara terbuka menolak sebarang kerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan termasuk menamakan calon Perdana Menteri daripada PH.

PH sekarang ini sedang berusaha mengumpul sokongan bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan dan memerlukan sokongan daripada BN bagi meraih cukup 112 majoriti mudah.

image is not available

Setakat hari ini, PH sudah memperoleh sokongan daripada tiga Ahli Parlimen Parti Warisan (WARISAN) dan seorang Ahli Parlimen dari Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Min tak sabar nak tahu siapa yang bakal menjadi kerajaan untuk 5 tahun ini…

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.