4 daripada 7 pemancing hilang ditemukan selamat, 3 masih hilang

16 Sep 2026 • 8:25 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Empat pemancing dijumpai

KLANG: Empat daripada tujuh pemancing termasuk seorang tekong yang hilang selepas keluar memancing dari Jeti Sementa, Kapar, Ahad lalu, ditemukan selamat pagi semalam selepas lebih 24 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan Selangor.

Mereka ialah Mohd. Shairazi Abdul Aziz, 43; Muhd. Hamiszar Puniran, 45; Mohd. Rizal Mohamad Sadali, 45; dan tekong, Zulfilkalnain Awang, 47.

Keempat-empat mereka ditemukan nelayan bot pukat tunda tempatan dalam keadaan lemah dan berapung di perairan Sekinchan sebelum dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin di Pelabuhan Klang.

Mereka kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hospital Banting untuk menerima rawatan. Kesemua mangsa dilaporkan memakai jaket keselamatan ketika ditemukan.

Ahli keluarga Zulfilkalnain, Faridah Awang, 52, berkata keluarganya amat lega selepas mengetahui adiknya ditemukan selamat walaupun dalam keadaan lemah.

“Tidak terbayang dia berada di tengah laut selama dua malam. Sepanjang tempoh itu kami amat risaukan keselamatannya.

“Saya dimaklumkan bot yang dinaikinya terbalik. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana dia selamat,” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Hadapan operasi SAR di Jeti Sementa, semalam.

Operasi SAR diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang masih hilang iaitu Mohd. Shahril, Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37, dan Raja Mohd. Rozi Raja Mohamud, 49, yang dikenali sebagai Tok Penghulu.

Kesemua mereka dilaporkan keluar memancing ikan cencaru kira-kira pukul 8 pagi Ahad lalu menggunakan bot fiber sepanjang kira-kira 30 kaki dan lebar lapan kaki. – UTUSAN

The post 4 daripada 7 pemancing hilang ditemukan selamat, 3 masih hilang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved