4 Gegaran Gempa Bumi Dalam Tempoh Seminggu Di Segamat, Netizen Luah Rasa Bimbang

LocalEnvironment
29 Aug 2025 • 10:02 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malam tadi, telah berlaku gempa bumi lemah berukuran 3.4 magnitud pada jam 4.24 pagi di Segamat, menjadikan ia gegaran keempat berlaku sejak kejadian pertama pada Ahad lalu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan, gempa bumi itu berlaku kira-kira 22 kilometer Timur Laut dari Segamat, yang mana ia berpusat pada koordinat 2.7 darjah utara dan 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi ini,” kata agensi itu dalam hantaran di Facebook awal pagi tadi.

“Ya Allah gempa lagi di Segamat”

Pengumuman berkenaan telah menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan netizen yang meluahkan isu tersebut di media sosial.

Rata-rata memohon agar pihak berkuasa mengambil langkah proaktif berhubung kejadian yang berlaku seperti latihan gempa dan sebagainya.

image is not available

image is not available

Sebagai info, tiga gegaran gempa bumi sebelum ini berlaku pada 24 Ogos dengan 2.8 magnitud, kemudian pada 27 Ogos pula dengan 3.2 magnitud dan 28 Ogos dengan 2.5 magnitud.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Noorazhar Ngatimin sebelum ini menjelaskan bahawa gempa bumi ini berpunca daripada pengaktifan semula sesar kuno (ancient fault line) dan pusat gempa yang terletak di selatan Segamat itu berada berhampiran dengan lanjutan Zon Sesar Mersing.

Sementara itu, pihak berkuasa menasihatkan agar orang ramai bertenang dan mendapatkan maklumat sahih berhubung isu ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.