Gegaran terbaharu di Segamat awal pagi ini, rekod empat gempa dalam seminggu

LocalEnvironment
29 Aug 2025 • 10:35 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Segamat sekali lagi dilanda gempa bumi pada awal pagi tadi, dengan magnitud 3.4 pada skala richter, menjadikannya kejadian keempat direkodkan di kawasan berkenaan dalam beberapa hari ini.

Kejadian pada jam 4.24 pagi ini merupakan yang kedua dalam tempoh 24 jam, dengan gegaran sebelum ini dirasai pada pada 7.56 malam semalam.

Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, ia berlaku pada jam 4.24 pagi tadi di kedalaman 10 kilometer pada jarak 22 kilometer Timur Laut dari Segamat.

“Gegaran dirasai di Johor.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,’’ katanya dalam kenyataan pagi ini.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia menerusi pautan yang disediakan jabatan itu bagi membantu siasatan lanjut.

Sejak beberapa hari lalu, beberapa gempa bumi lemah telah dilaporkan di daerah berkenaan, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk walaupun tiada kerosakan dilaporkan.

Sebelum ini, Segamat merekodkan tiga kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada 24, 27 dan 28 Ogos dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1. - 29 Ogos, 2025