4 kawasan catat IPU tidak sihat, 57 lagi tahap sederhana

LocalEnvironment
3 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 4 kawasan catat IPU tidak sihat, 57 lagi tahap sederhana

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, manakala 57 kawasan lagi merekodkan bacaan sederhana setakat pukul 10.12 pagi ini.

Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara, Pasir Gudang di Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 153.

Ia diikuti dua kawasan di Sarawak iaitu Sri Aman dengan bacaan 152, dan IPD Serian (131), manakala satu lagi iaitu Larkin, Johor merekodkan IPU 124.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Sementara itu, sebanyak 57 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Antara kawasan yang merekodkan bacaan sederhana tertinggi ialah Samarahan, Kuching dan Bintulu di Sarawak
masing-masing dengan bacaan 93, 92 dan 91.

Pengerang dan Batu Pahat (Johor), Kapit, Sibu da Sarikei (Sarawak), Tawau (Sabah) serta Batu Muda, Kuala Lumpur pula merekodkan bacaan IPU antara 80 hingga 84.

Sebanyak 40 kawasan lain merekodkan bacaan IPU antara 51 hingga 77.

Pada masa sama, empat kawasan iaitu Kangar, Langkawi, Temerloh dan Taiping merekodkan bacaan IPU tahap baik di bawah 50. – KOSMO! ONLINE

The post 4 kawasan catat IPU tidak sihat, 57 lagi tahap sederhana appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved