Jerebu: Empat kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
3 Oct 2026 • 10:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Empat kawasan catat IPU tidak sihat
Empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Johor dan Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 152, diikuti Pasir Gudang, Johor (151).

Dua kawasan lagi ialah IPD Serian, Sarawak (126) dan Larkin, Johor (121).

Sementara itu, 61 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan berada pada tahap baik iaitu Taiping, Perak (44) dan Temerloh, Pahang (42).

Bacaan IPU bagi stesen Kota Kinabalu, Sabah pula tidak tersedia pada waktu berkenaan.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved