Sri Aman antara empat kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
3 Oct 2026 • 9:37 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sri Aman antara empat kawasan catat IPU tidak sihat

PETALING JAYA: Empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 8.45 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sri Aman, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 151, diikuti Pasir Gudang, Johor (147), Serian, Sarawak (123) dan Larkin, Johor (110).

Secara keseluruhan, 61 stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua stesen berada pada tahap baik.

Tiada stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat pukul 8.45 pagi ini.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri pagi ini.

Amaran itu membabitkan Sepang, Kuala Langat dan Klang di Selangor; Port Dickson, Negeri Sembilan; Melaka; serta Tangkak dan Muar di Johor.

Di Sabah, amaran berkenaan membabitkan kawasan Pedalaman iaitu Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang, selain Labuan.

Di Sarawak pula, amaran sama dikeluarkan bagi Betong termasuk Kabong, Pusa dan Saratok; Sarikei; Mukah; Bintulu; Limbang; Kapit termasuk Kapit, Bukit Mabong dan Belaga serta Sri Aman termasuk Sri Aman dan Lubok Antu. – UTUSAN

The post Sri Aman antara empat kawasan catat IPU tidak sihat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved