4 pasangan ditangkap khalwat

LocalPolitics
16 Feb 2025 • 1:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lime

LAHAD DATU: Empat pasangan beragama Islam, termasuk seorang janda berusia 20-an, ditahan dalam ‘Ops Valentine’ yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) pada Jumaat.

Operasi lima jam bermula jam 10 malam itu disertai 12 petugas Jheains bersama anggota polis.

AdvertisementDalam operasi itu, pasukan tersebut menjalankan pemeriksaan ke atas empat hotel bajet di kawasan pekan Lahad Datu.

Pegawai Tadbir Jheains Lahad Datu, Mardi Ariffin berkata, operasi yang berakhir jam 3 pagi itu bertujuan memastikan masyarakat tidak terlibat dalam perbuatan yang menghampiri zina.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, empat pasangan belum berkahwin termasuk seorang janda, kesemuanya berusia 20-an ditahan dalam operasi itu.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah kerana melakukan kesalahan khalwat.

Advertisement“Semasa operasi, kami juga menemui kondom dan bahan disyaki ‘Ubat Kuat’ yang dipercayai digunakan oleh pasangan terbabit,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Lahad Datu untuk tindakan lanjut.