4 Tahun Tunggu Uji Bakat, Gadis Menangis Gagal Program Dewi Remaja – “Ingat Cantik, Kurus Dah Cukup”

EntertainmentLifestyle
28 Jul 2025 • 11:46 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Dewi Remaja

Seorang gadis tidak dapat menahan sebak selepas gagal ke peringkat seterusnya dalam uji bakat pencarian Dewi Remaja 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di Selangor, Sabtu lalu.

Menangis gagal program Dewi Remaja

Menurut Mariam yang mempunyai kacukan Malaysia-Arab, dia mengambil masa empat tahun bagi membina keyakinan dan keterampilan diri sebelum mengambil keputusan ke uji bakat program terbitan Astro Ria itu.

Mariam menjelaskan, paras rupa dan fizikal dimiliki tidak menjamin seseorang individu itu melepasi syarat ditetapkan program tersebut sekali gus menasihati gadis lain supaya tidak mengambil masa yang lama seperti dirinya untuk ke uji bakat.

“Saya menangis sebab tak lepas saringan ketiga. Tapi satu perkara saya nak bagitahu, jangan jadi macam saya. Korang jangan tunggu empat tahun untuk pergi, sebab saya setiap tahun nak pergi…

“Tapi saya rasa macam tak cukup kurus. Ingatkan jadi kurus, cantik je cukup. Bila pergi, kira macam dah cukup (pakej).. saya dah boleh bayangkan masuk televisyen, tapi mungkin lakonan saya (kurang memuaskan),” katanya.

image is not available

Gadis berusia 23 tahun itu berkata demikian menerusi satu hantaran video di laman TikTok, yang menerima lebih 600,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.

Walau bagaimanapun, Mariam tidak menyalahkan pihak produksi program berkenaan sebaliknya terus menasihati golongan gadis berbakat untuk berani mencuba sebelum menyesal di kemudian hari.

“Jangan tunggu pergi saja capai impian, nanti korang menyesal. Mungkin hari ni saya orang yang paling sakit kena tolak, sebab saya tunggu empat tahun.

“Tapi tak dapat, sebab tu saya menangislah. Tapi bukan salah dorang (pihak produksi), salah saya,” ujarnya yang memiliki sebanyak 351,100 pengikut di d.

image is not available

Difahamkan, uji bakat pencarian Dewi Remaja 2025 terbuka kepada gadis warganegara Malaysia berusia 18 hingga 25 tahun dimana peserta perlu mempunyai ketinggian fizikal 152cm ke atas dan belum pernah berkahwin.

Sumber: TikTok @marythehighness