
Bukan mudah nak kejar impian, lebih-lebih lagi apabila sudah tunggu bertahun-tahun. Itulah yang dilalui seorang gadis yang mengakui kecewa apabila gagal di Pencarian Dewi Remaja 2025.
Lebih memilukan, gadis ini berkata, dia menunggu selama empat tahun sebelum betul-betul bersedia. Namun, nampaknya persediaannya tidak cukup.
Tunggu 4 tahun untuk masuk Dewi Remaja
Menerusi perkongsian di TikTok, gadis dikenali sebagai Mariam berkongsi detik sedih apabila impian yang dipegang sekian lama tidak menjadi kenyataan.
jangan jadi macam i
Menurut Mariam, rupa paras dan bentuk badan yang kurus bukan jaminan untuk berjaya dalam program tersebut.
Saya baru habis Dewi Remaja dan ingin kongsi sesuatu yang terjadi. Saya nangis sebab tak dapat lepas peringkat tiga. Saya tunggu empat tahun untuk masuk program ini. Saya ingat, jadi kurus dan cantik sudah mencukupi tapi mungkin perlu perbaiki daripada segi lakonan. Saya dah membayangkan diri saya dalam televisyen.
Dia mengakui sudah bersedia untuk muncul di kaca televisyen, namun terkandas di peringkat ketiga.
Gadis ini menasihati orang ramai yang mempunyai impian supaya tidak menunggu lama. Dia mengaku sedih kerana menunggu empat tahun sebelum betul-betul bersedia untuk menghadiri uji bakat.
Pssttt! Jatuh sekali tak bermakna gagal selamanya. Teruskan mencuba, sebab mungkin rezeki lebih besar sedang menanti di depan.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.
