4 tekong, 30 PATI warga Myanmar ditahan di pangkalan haram

9 Nov 2026 • 8:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 4 tekong, 30 PATI warga Myanmar ditahan di pangkalan haram

TANAH MERAH – Polis menahan empat lelaki dipercayai tekong dan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dalam operasi di Pangkalan Haram Yuti, Nibong, di sin, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, dalam operasi inter-agensi Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Awam (KDNKA) itu dijalankan jam 9.45 pagi hasil maklumat risikan.

Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi, polis menahan 34 individu terdiri daripada 30 warga Myanmar membabitkan 18 lelaki dan 12 perempuan.

“Turut ditahan empat warga tempatan yang disyaki terbabit membawa masuk warga asing melalui laluan tidak sah.

“Tiga daripada mereka didapati positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata, polis turut menemui sebotol cecair disyaki air ketum dengan anggaran 450 mililiter dalam Perodua Myvi.
Katanya, Perodua Myvi dan Honda City turut dirampas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

The post 4 tekong, 30 PATI warga Myanmar ditahan di pangkalan haram appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved