4 Wanita Malaysia Didakwa Buat Hal Di Negara Orang, Rakam Foto Di Rumah Mandi Awam Korea Selatan

11 Nov 2026 • 3:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft korea

Seorang wanita meluahkan rasa trauma dan berang selepas menjadi mangsa intai di sebuah rumah mandian (jjimjilbang) di Korea Selatan. Lebih mengejutkan, siasatan pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa kumpulan individu yang terlibat merupakan rakyat Malaysia.

Insiden tersebut turut meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepada salah seorang pengunjung wanita di premis berkenaan, terutamanya selepas melihat penampilan kumpulan terbabit yang langsung tidak mencerminkan perbuatan mereka.

Menurut mangsa, kumpulan wanita terbabit memasuki kawasan mandian dengan memakai tudung, pakaian menutup tubuh, serta cermin mata hitam, sebelum bertindak merakam gambar pengunjung lain yang sedang berada dalam keadaan tanpa pakaian.

“Saya masih marah sehingga sekarang. Saya rasa tidak akan mampu mengunjungi rumah mandian seperti itu lagi selepas ini,” ujar mangsa.

 901414167 1766129167789497 4766320635889432205 n

Awalnya, kumpulan terbabit berkeras menafikan melakukan perbuatan itu, tapi apabila disoal siasat. Walau bagaimanapun, tembelang mereka pecah serta-merta selepas pihak polis tiba dan membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap peranti komunikasi mereka.

“Mereka berulang kali menegaskan tidak berbuat demikian, namun sebaik sahaja polis tiba dan memeriksa telefon bimbit, gambar yang dirakam di dalam kawasan mandian itu ditemukan.”

“Nasib baik tiada gambar yang jelas memaparkan individu lain dalam keadaan berbogel, tetapi saya berasa sangat kecewa dan takut,” jelasnya.

899824263 1680582380398362 3283724383803385660 n

Walaupun bahan bukti telah diperoleh, mangsa melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cara pengendalian kes oleh pihak polis tempatan yang dituduh terlalu longgar dan berlembut terhadap suspek.

Menurutnya, anggota polis hanya mengarahkan mereka duduk sebelum memberikan teguran secara lisan bahawa perbuatan mengambil gambar di kawasan larangan tersebut adalah kesalahan. Sikap suspek selepas itu turut menambah kemarahan mangsa.

“Ketika itu, mereka duduk bersebelahan sambil tersenyum seolah-olah tidak memahami betapa seriusnya perbuatan mereka,” katanya.

903405552 2207869333133875 2719707495844421122 n

Bagi memastikan tindakan lanjut diambil, mangsa telah mengemukakan aduan rasmi menerusi e-People, iaitu portal aduan dan petisyen dalam talian rasmi kerajaan Korea Selatan. Menerusi semakan pasport dan prosedur pengesahan lanjut, identiti kumpulan tersebut akhirnya dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia.

Sumber: mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved