40 sertai Jiwa@Komuniti Madani

12 Oct 2026 • 3:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

40 sertai Jiwa@Komuniti Madani

PENAMPANG: Seramai 40 peserta menyertai Program Jiwa@Komuniti Madani anjuran Pejabat Penerangan Daerah Penampang, pada Jumaat.

Program yang berlangsung di Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Negeri Sabah itu melibatkan penyertaan ahli komuniti dari Kampung Ganang serta wakil Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kapayan, UPPM Moyog dan Komuniti Madani Daerah Penampang.

Antara pengisian program adalah sesi perkongsian berkaitan aplikasi MyGov Malaysia dan Meta Business yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Penampang, Norhafiezah Abd Aziz serta Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), Nurul Aqilah Ahmad.

Turut diadakan, sesi perkongsian mengenai Kempen Internet Selamat, kaedah pelaporan kandungan tidak senonoh serta tatacara membuat aduan berkaitan masalah liputan telefon dan perkhidmatan internet oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Pejabat Wilayah Sabah.

Selain itu, program juga merangkumi aktiviti Viewing Party Belanjawan 2027 bagi memberi peluang kepada peserta mengikuti pembentangan belanjawan negara.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor, Timbalan Pengarah Japen, Azman Sipan, Ketua Penolong Pengarah PKPM, Peter Tong dan sebahagian warga Japen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved