400 pelajar sekolah sertai program kenal, faham tujuan bayar zakat

13 Apr 2023 • 9:16 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 13 APRIL: Hampir 400 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Medan Kuala Langat menyertai program ‘Start with Seringgit’ anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Selasa.

Program amali itu bertujuan memberi pendedahan supaya murid lebih mengenal dan memahami rukun Islam ketiga.

“Rata-rata murid gembira mendapat pengalaman awal menunaikan ibadah zakat secara amali dan praktikal.

“Mereka turut menerima cenderahati tabung bagi tujuan memupuk sifat menabung supaya dapat menunaikan zakat simpanan satu hari nanti,” maklumnya di Facebook.

Agensi itu memaklumkan program diperkenalkan Divisyen Kutipan LZS itu adalah lanjutan daripada modul buku teks sekolah agama bagi subjek zakat utuk murid darjah lima dan bagi semua murid sekolah menengah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved