43 pekerja kilang didenda hingga RM9,000 padah guna Mykad orang lain

22 Oct 2026 • 3:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 43 pekerja kilang didenda hingga RM9,000 padah guna Mykad orang lain

JOHOR BAHRU – Seramai 40 pekerja kilang warga asing dan tiga rakyat tempatan didenda RM1,000 hingga RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kesalahan menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu dan salinan MyKad orang lain.

Hukuman ke atas kesemua tertuduh yang berusia 18 hingga 49 tahun itu diputuskan Majistret Nurzihan Abdul Rehman, A. Shaarmini dan Atifah Hazimah Wahab selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara satu hingga enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Daripada jumlah itu, seramai 35 tertuduh didakwa menggunakan salinan MyKad milik orang lain sebagai dokumen pengenalan diri, manakala lapan lagi menggunakan MyKad palsu.

Kesalahan dilakukan di dua buah kilang di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang dan Kawasan Perindustrian MIEL, Pasir Gudang pada pukul 10 pagi dan 8 malam kelmarin.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd. Ramzi Adnan, Md Shahedan Md. Taib dan Noorleelawathi Man, manakala 10 tertuduh diwakili peguam Rashidah Baharom, Muhd. Akmal Mazlan, Heng Wang Qianwei dan Jackson Danial.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan JPN mengesan kegiatan penyalahgunaan MyKad milik orang lain bagi mendapatkan pekerjaan dalam kalangan pekerja asing menerusi Ops Jejak 1.0 dan Ops Jejak 2.0 di dua buah kilang di Pasir Gudang kelmarin.-KOSMO! ONLINE

 

The post 43 pekerja kilang didenda hingga RM9,000 padah guna Mykad orang lain appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved