Guna MyKad palsu dan salinan milik orang lain, 43 individu didenda di Johor Bahru

22 Oct 2026 • 7:25 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Guna MyKad palsu dan salinan milik orang lain, 43 individu didenda di Johor Bahru

Seramai 43 individu didenda antara RM1,000 hingga RM9,000 oleh tiga Mahkamah Majistret Johor Bahru atas kesalahan menggunakan MyKad palsu dan salinan milik orang lain.

JOHOR BAHRU: Sebanyak 43 individu hari ini didenda antara RM1,000 hingga RM9,000 oleh tiga Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menggunakan MyKad palsu dan salinan MyKad milik orang lain.

Majistret Nurzihan Abdul Rehman, A. Shaarmini dan Atifah Hazimah Wahab turut memerintahkan kesemua tertuduh berusia antara 18 hingga 49 tahun, yang terdiri daripada masing-masing tiga rakyat tempatan dan warga Indonesia serta 37 warga Filipina itu, dipenjara antara satu hingga enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, 35 individu didakwa menggunakan salinan MyKad milik orang lain, manakala lapan lagi didakwa menggunakan MyKad palsu sebagai dokumen pengenalan diri.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dua kilang iaitu Gorin Technical Industry (Malaysia) Sdn Bhd dan Masimo Medical Technologies (M) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini antara 10 pagi hingga 8 malam, 20 Okt lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Ramzi Adnan, Noorleelawathi Man dan Md Shahedan Md Taib.

Peguam Amir Haikal, Jackson Danial, Heng Wang Qian Wei, Rashidah Baharom dan Muhd Akmal Mazlan mewakili sepuluh tertuduh, manakala selebihnya tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, media melaporkan JPN mengesan kegiatan penyalahgunaan dokumen pengenalan diri milik orang lain untuk pendatang asing mendapatkan pekerjaan, hasil Ops Jejak 1.0 dan Ops Jejak 2.0 di kilang berkenaan pada 20 Okt.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved