44 telur sarang pertama penyu belimbing gagal menetas

Environment
16 Oct 2026 • 10:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 44 telur sarang pertama penyu belimbing gagal menetas

DUNGUN – Sebanyak 44 biji telur terawal yang dihasilkan induk penyu belimbing di Pantai Pasir Putih, Marang, dekat sini pada 1 September lalu gagal menetas dipercayai disebabkan tidak melalui proses persenyawaan dengan penyu jantan.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, perkembangan mendukacitakan itu diketahui selepas pemeriksaan teknikal mendapati telur-telur terbabit tidak mengalami perkembangan embrio biarpun sudah berusia 45 hari, semalam.

“Lima sampel telur penyu belimbing dari sarang pertama didapati tidak ditemukan perkembangan embrio sewaktu menjalani pemeriksaan teknikal selepas 30 hari dieram pada 30 September lalu.

“Dapatan itu kemudiannya disahkan oleh laporan teknikal prapemeriksaan perkembangan embrio bagi sarang penyu belimbing di Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Rantau Abang pada 3 Oktober lalu,” katanya di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang, di sini, malam tadi.

Terdahulu, lima pendaratan seekor penyu belimbing di pesisir pantai sekitar Rantau Abang, di sini, sejak 1 September lalu berjaya menghasilkan 313 biji telur.

Adnan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati biarpun lima biji telur penyu belimbing berkenaan yang berdiameter purata 49.80 milimeter tersebut normal namun pemerhatian pada permukaan cangkerangnya tidak menemukan tompok putih yang lazim dikaitkan dengan perkembangan awal embrio.

Beliau berkata, ujian suluhan cahaya juga tidak menunjukkan pembentukan saluran darah atau struktur embrio.

“Antara punca telur-telur ini gagal menetas mungkin penyu betina tidak bertemu pasangan untuk mengawan, menyebabkan telur yang dihasilkan tidak disenyawakan lalu embrio tidak terbentuk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 44 telur sarang pertama penyu belimbing gagal menetas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved