Penyu belimbing bertelur kali keempat di Pantai Jambu Bongkok

LocalEnvironment
1 Oct 2026 • 4:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyu belimbing bertelur kali keempat di Pantai Jambu Bongkok

MARANG – Seekor penyu belimbing betina sekali lagi mendarat untuk bertelur di pantai Terengganu buat kali keempat di Pantai Jambu Bongkok, di sini, hari ini.

Sarang yang mengandungi 70 biji telur penyu belimbing ditemui di pantai tersebut pada pukul 4 pagi.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, sarang penyu belimbing tersebut ditemukan seorang nelayan yang mahu turun ke laut.

“Dia kemudiannya memaklumkan penemuan tersebut kepada Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang, Dungun.

“Kerja-kerja penggalian sarang untuk mengutip telur penyu belimbing terbabit dimulakan pada pukul 6 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Adnan berkata, kesemua 70 biji telur penyu belimbing terbabit dan dipindahkan ke tapak pengeraman TCIC Rantau Abang, Dungun, dekat sini.

Beliau berkata, tempoh pengeraman telur penyu belimbing dijangka mengambil masa antara 55 hingga 70 hari bergantung kepada suhu pasir dan keadaan sarang.

“Empat pendaratan induk penyu belimbing di pantai sekitar daerah ini dan Dungun termasuk hari ini (semalam) berjaya menghasilkan 265 biji telur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Penyu belimbing bertelur kali keempat di Pantai Jambu Bongkok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved