
TAWAU: Kira-kira 180 penduduk di penempatan atas air, Kg Tanjung Batu Laut Logpond, tinggal sehelai sepinggang apabila 45 rumah musnah dalam kebakaran pada Rabu, ketika tinggal beberapa hari lagi umat Islam mula berpuasa sempena Ramadan, Isnin depan.
Lebih menyedihkan, kebanyakan kelengkapan persekolahan anak-anak bagi sesi 2024/2025, yang juga bermula Isnin (11 Mac), juga musnah dalam insiden tersebut.
Difahamkan, tiga jambatan kayu yang menjadi penghubung di kampung itu, yang dianggarkan mempunyai 300 rumah, turut musnah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, keluasan kawasan kebakaran membabitkan rumah tidak kekal itu, dianggarkan 9,000 meter persegi.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Katanya, operasi pemadaman api membabitkan sepasukan 49 pegawai dan anggota, termasuk anggota pasukan Bomba Komuniti Kg Titingan serta lapan jentera.
Menurutnya, pihaknya segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba, pili bomba dan air terbuka iaitu laut sebaik tiba di lokasi.
“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 2.31 petang menerusi MERS999 dan mengawal api kebakaran sekitar jam 4.31 petang,” katanya, menambah tiada mangsa dilaporkan setakat ini.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.
Difahamkan, usaha pemadaman berdepan sedikit kesukaran meskipun berlaku hujan sekejap, memandangkan rumah penduduk dibina rapat dan merupakan struktur kayu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
