466 rakyat Palestin mati kebuluran sejak 2024

17 Oct 2026 • 5:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 466 rakyat Palestin mati kebuluran sejak 2024

GAZA: Sekurang-kurangnya 466 rakyat Palestin, termasuk 157 kanak-kanak, meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan kebuluran sejak 2024, menurut Kementerian Kesihatan Gaza semalam.

Angka itu dikeluarkan sempena Hari Makanan Sedunia yang disambut pada 16 Oktober setiap tahun.

Menurut kementerian itu, sekurang-kurangnya 189 warga emas turut meninggal dunia akibat kebuluran, merangkumi 40.5 peratus daripada keseluruhan kematian yang direkodkan.

Pada Ogos 2025, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan kebuluran di Gaza.

Kementerian itu menambah, lebih 1.4 juta penduduk dijangka berdepan ketidakjaminan makanan pada tahap krisis atau lebih buruk sehingga penghujung 2026.

Pihak berkuasa Israel didakwa menggunakan kebuluran sebagai senjata dalam tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza sejak Oktober 2023, menurut badan kerajaan Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia.

Israel mengetatkan sekatan di pintu lintasan pada Mac 2025, sekali gus menghalang ribuan lori bantuan yang menunggu di sempadan daripada memasuki wilayah itu.

Sekatan berkenaan menyusul krisis kebuluran yang meluas di utara Gaza akibat kepungan serta sekatan bekalan makanan dan bantuan, sehingga memaksa sebahagian penduduk memakan makanan haiwan dan tumbuhan liar.

Pada akhir Mei 2025, Israel membenarkan 87 lori bantuan memasuki Gaza buat kali pertama selepas 81 hari, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Bantuan kemudiannya dibenarkan masuk secara terhad dan tidak menentu di bawah sekatan ketat sehingga Februari 2026, apabila Israel membenarkan peningkatan terhad jumlah lori yang memasuki wilayah itu menerusi perjanjian gencatan senjata.

Pegawai Palestin berkata penghantaran berkenaan masih tidak mengandungi bekalan makanan asas dalam kuantiti yang mencukupi.

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, Israel hanya membenarkan kira-kira 34 peratus daripada jumlah lori bantuan kemanusiaan yang dipersetujui memasuki wilayah itu.- ANADOLU

 

The post 466 rakyat Palestin mati kebuluran sejak 2024 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved