Kementerian Kesihatan Umum Bantuan Buat Waris Kakitangan KKM ‘Flying Doctors’, Terima Sekurang-Kurangnya RM130,000

LocalHealth & Fitness
16 Oct 2026 • 12:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Waris kepada empat kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Miri, Sarawak pada September lalu layak menerima bayaran pukal sekurang-kurangnya RM130,000 bagi setiap mangsa.

Bantuan Yang Diterima Waris Mangsa Kemalangan ‘Flying Doctors’

KKM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, bayaran tersebut merangkumi gantian cuti rehat (GCR), ganjaran terbitan, bantuan mengurus jenazah dan ex-gratia kematian.

Advertisement

kkm

“Urusan pembayaran faedah dan bantuan kepada waris empat kakitangannya yang terkorban sedang diselaraskan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS),” katanya.

Bantuan Mula Dibayar Pada?

Selain bayaran pukal, tanggungan yang layak juga akan mula menerima pencen terbitan secara bulanan bermula 21 Oktober ini.

Menurut KKM, pencen berkenaan akan dibahagikan mengikut kadar syer kepada waris yang layak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Pihak JPA akan memberikan penerangan lanjut kepada waris berhubung pembahagian pencen terbitan tersebut.

Waris yang layak turut akan menerima pencen tanggungan dan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja yang masih dalam proses oleh Bahagian Pencen Cawangan Sarawak serta Kementerian Kewangan Malaysia.

KKM Akui Tiada Nilai Mampu Gantikan Kehilangan

KKM berkata penyelarasan faedah dan bantuan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kementerian dalam memastikan kebajikan keluarga kakitangan yang terkorban terus diberikan perhatian.

“KKM sedar bahawa tiada nilai kewangan yang mampu menggantikan kehilangan insan tersayang.”

Kementerian berharap bantuan berkenaan dapat sedikit sebanyak meringankan beban kewangan serta urusan harian waris yang ditinggalkan.

Tragedi Kemalangan Helikopter ‘Flying Doctors’

Nahas helikopter yang digunakan bagi perkhidmatan Flying Doctor Service (FDS) di Long Lellang, Miri, Sarawak pada 8 September 2026 mengorbankan lima individu, termasuk empat kakitangan KKM dan seorang juruterbang.

View this post on Instagram

Empat kakitangan KKM yang terkorban ialah Dr Ainul Baraah Kamaruddin, pegawai perubatan; Alexson Adit Henry, penolong pegawai perubatan; serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya Jok.

Turut terkorban ialah juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham.

Operasi FDS Ditangguhkan Sementara

Perkhidmatan FDS berperanan membawa perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan pedalaman yang sukar diakses, khususnya komuniti yang berdepan kekangan pengangkutan untuk mendapatkan rawatan.

Dalam nahas itu, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

Susulan kejadian, KKM mengumumkan penangguhan sementara semua operasi FDS di Sarawak bagi membolehkan siasatan serta semakan mekanisme keselamatan dan operasi dijalankan.

Bagaimanapun, perkhidmatan pemindahan perubatan (Medevac) bagi kes kecemasan diteruskan menerusi kerjasama KKM dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Kementerian Kesihatan Umum Bantuan Buat Waris Kakitangan KKM ‘Flying Doctors’, Terima Sekurang-Kurangnya  RM130,0002026-10-16 11:18:08

Isu Jerebu: Malaysia Tidak Bercadang Hantar Nota Diplomatik Kepada Indonesia – Tok Mat

The post Kementerian Kesihatan Umum Bantuan Buat Waris Kakitangan KKM ‘Flying Doctors’, Terima Sekurang-Kurangnya RM130,000 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved