
KUDAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan seramai 496 individu serta merampas barang kawalan dan bersubsidi bernilai RM80.11 juta dalam Ops Tiris 3.0 sejak Januari hingga Ogos tahun lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 2,005 kes direkodkan hasil daripada 29,487 pemeriksaan yang telah dilaksanakan di seluruh negara.
Armizan berkata usaha tersebut bagi mengekang kegiatan penyelewengan atau penyeludupan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi meliputi bahan api diesel, petrol RON95, minyak masak polibeg 1kg, gas petroleum cecair (LPG), tepung gandum dan gula putih bertapis 1kg.
“KPDN akan terus meningkatkan ketangkasan penguatkuasaan termasuk memperkasa kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Program Sentuhan Kasih dan Advokasi Kepenggunaan di Dataran Tomborungus, dekat sini pada Ahad.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Kapor, Chong Chen Bin @ Ben Chong dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Kapor, Norlizah Gurahman.
Armizan berkata, pada 23 Ogos 2024, KPDN bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi hasil serbuan tiga premis berasingan di Nilai, Negeri Sembilan.
Katanya, dalam serbuan itu, sebanyak 180,200 kg minyak masak bersubsidi pelbagai jenama selain kenderaan serta beberapa dokumen seperti invois jualan dan belian disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM490,500.
Dalam serbuan tersebut, pihaknya juga menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 32 tahun bersama dua lelaki warga asing yang juga merupakan pekerja syarikat berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Hasil siasatan awal, aktiviti yang disyaki telah didalangi oleh syarikat pemborong minyak masak berlesen itu adalah bertujuan menyeleweng dan memindahkan (decanting) minyak masak bersubsidi polibeg 1kg untuk jualan pada harga lebih tinggi daripada harga kawalan selain diseludup keluar ke negara jiran,” katanya.
Menurut Armizan, siasatan sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 termasuk bagi mengenal pasti individu atau syarikat lain yang terlibat dalam aktiviti haram ini serta rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi itu.
“KPDN ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian pembekalan dan pengedaran minyak masak bersubsidi polibeg 1kg untuk lebih bertanggungjawab dalam memastikan subsidi ini benar-benar sampai kepada golongan sasar.
“Selain pemborong dan peruncit, pihak syarikat pembungkus juga tidak boleh lepas tangan dan perlu bertanggungjawab dalam memastikan tidak berlakunya ketirisan.
Katanya, syarikat pembungkus akan turut disiasat sekiranya sesuatu jenama yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan penyeludupan dirampas dalam mana-mana operasi penguatkuasaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



