5,000 pelari gegar Bandar Diraja Klang

22 Nov 2026 • 6:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 5,000 pelari gegar Bandar Diraja Klang
Abd Hamid menyempurnakan pelepasan peserta Royal Klang Marathon 2026 pada Ahad.
Image from: 5,000 pelari gegar Bandar Diraja Klang
Abd Hamid (tengah) menamatkan larian Royal Klang Marathon 2026 yang turut dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun ketiga MBDK.

KLANG – Kira-kira 5,000 peserta termasuk dari luar negara menyertai Royal Klang Marathon 2026 yang berlangsung meriah di Bandar Diraja Klang, sekali gus mempromosikan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, acara anjuran pihaknya dengan kerjasama Monzo Events itu mempertandingkan empat kategori iaitu 5 kilometer (km), 10km, 21km dan 42km.

Menurut kenyataan itu, Datuk Bandar Klang, Datuk Abd Hamid Hussain menyempurnakan pelepasan peserta bagi acara yang turut dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun ketiga MBDK.

“Selain menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, penganjuran maraton berkenaan turut menjadi platform mempromosikan Klang sebagai Bandar Diraja dan destinasi pelancongan,” menurut kenyataan itu.

**media[3719252]**

Menerusi acara itu, peserta berpeluang mengenali dengan lebih dekat tarikan bandar berkenaan termasuk sektor perniagaan, kepelbagaian makanan serta produk tempatan.

Penyertaan daripada pelbagai latar belakang dan negara turut menyumbang kepada kemeriahan acara, selain membuka ruang untuk memperkenalkan keunikan serta potensi Klang kepada pengunjung luar.

Dalam pada itu, elemen kelestarian turut diberi perhatian apabila pingat yang diberikan kepada peserta dihasilkan menggunakan bahan kitar semula.

MBDK turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja serta peserta, petugas dan sukarelawan yang menjayakan penganjuran acara berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved