5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!

2 Sep 2026 • 8:28 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Nak merasa passportless holiday tapi vibe ala-ala Switzerland atau Maldives? Jom ajak besties korang fly ke Sabah!

Terkenal dengan keindahan semulajadi seperti pelancongan pulau dan udara sejuk Gunung Kinabalu, confirm IG dan TikTok anda akan dipenuhi dengan gambar-gambar yang FYP.

Ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Negeri Di Bawah Bayu ini bersama kawan-kawan yang pastinya akan meninggalkan memori indah. Dari KL ke Kota Kinabalu, 2 jam sahaja dah sampai. Tak perlu tukar duit mata wang asing, tak perlu pening kepala pasal pasport atau visa. International feel, local price!

So, kalau anda tengah merancang trip of a lifetime bersama besties di Sabah, nah… save itinerari ini!

1. Terjah Tempat Makan Lokal & Cafe Hopping 

Trip dengan besties mana lengkap kalau tak ada sesi food hunting dan cafe hopping yang aesthetic – Aktiviti mengisi perut ini memang wajib, kan?

Seperti yang ramai tahu, Sabah terkenal dengan seafood yang super segar dan tersangat murah. Sampai sahaja di KK, terus terjah restoran makanan laut untuk sesi makan-makan dulu. Ada banyak pilihan restoran seafood yang boleh dicuba.

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!

Jangan lupa teroka hidden gem di The Native Cafe, Little Sulap, atau D’Tintap Cuisine. Wajib cuba menu autentik Sabahan yang unik seperti Butod, Hinava, Hinompuka, Kelupis dan pelbagai lagi makanan unik yang hanya ada di Sabah.

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
(Sumber gambar: Little Sulap)
Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
(Sumber gambar: My Native Sabah)

Dah kenyang makan berat? It’s time for cafe hopping!

Di kedua-dua kawasan ini terdapat pilihan kafe hipster yang cozy untuk korang lepak dan minum-minum. Antara hotspot pilihan ramai termasuklah Woo! Café, Nook, dan The Bean Express.

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
Sumber gambar : Facebook rasmi Nook Cafe

Melangkah ke kawasan sekitar Australian Place (Lorong Dewan) dan Gaya Street, memang seronok lebih-lebih lagi kalau dapat singgah pada hari Ahad. Gaya Street Sunday Market ini merupakan antara tarikan terkenal di pusat bandar Kota Kinabalu yang memperlihatkan keunikan budaya, tradisi serta kegiatan ekonomi masyarakat setempat. 

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
Sumber gambar : Australian High Commission Malaysia

Dekat sini tentu ramai rambang mata dengan pelbagai produk tempatan seperti kraftangan, kain batik, cenderamata, bunga, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan tradisional, kuih-muih tempatan serta barangan antik. Selain itu, terdapat juga jualan herba, tumbuhan hiasan dan haiwan peliharaan. 

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!

Kepelbagaian produk budaya masyarakat Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Kadazan-Dusun, Bajau dan komuniti lain menjadikan pasar ini unik berbanding pasar biasa.

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
Sumber gambar : Jabatan Perdana Menteri

2. Pelajari Kebudayaan & Keunikan Warisan Sabah 

Untuk menjadikan trip anda lebih bermakna, luangkan masa untuk mengenali budaya dan warisan masyarakat pribumi Sabah dengan berkunjung ke Mari Mari Cultural Village, Monsopiad Cultural Village, atau Borneo Cultural Village.

Destinasi budaya ini memberi peluang kepada anda dan rakan-rakan untuk merasai sendiri tradisi suku kaum di Sabah, melihat demonstrasi kraf tangan, mencuba makanan tradisional, serta menyaksikan persembahan tarian kebudayaan yang memukau.

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
(Sumber: Mari Mari Cultural Village)
Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
(Sumber gambar: Sabah Tourism Board)

Pengalaman sebegini sangat menarik untuk dilakukan bersama kawan-kawan. Banyak benda baharu yang boleh dipelajari bersama!

3. Escape ke Kundasang & Pergunungan Gunung Kinabalu – View Cantik Berkabus Macam Dekat Overseas

Lupakan hiruk-pikuk bandar, mari escape ke Kundasang! Dengan udara dingin yang sampai tulang, ladang hijau meluas, dan latar belakang Gunung Kinabalu yang tersergam gagah, korang mesti rasa macam berada dalam poskad!

Nak aktiviti yang berpeluh sikit tapi photogenic? Ajaklah besties korang mendaki Sosodikon Hill. Laluan santai sahaja, tak terlalu mencabar. Bila sampai di puncak, bersedialah untuk terpukau dengan pemandangan pergunungan yang saujana mata memandang.

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!

Selepas aktiviti luar, anda boleh berehat di D’ Lengkuas Café sambil menikmati suasana pergunungan dan menghirup teh atau kopi panas bertemankan udara sejuk. Fuhh, ‘layan’ habis! 

Satu lagi lokasi popular di Kundasang tentulah Desa Dairy Farm. Memang tak sah kalau tak cuba produk susu segar dan gelato terkenal yang dihasilkan terus dari ladang ini. Terletak di kaki Gunung Kinabalu, ladang ini dikelilingi oleh pemandangan bukit hijau & udara sejuk berkabus. Yang tak tahan sejuk, jangan lupa bawa baju sejuk sebab suhu di sini boleh mencapai serendah 13°C–20°C. Maka, tak hairanlah ia mendapat gelaran “Little New Zealand of Sabah”.

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!

Desa Dairy Farm bukan sekadar ladang, menariknya ia juga mendedahkan kita kepada penternakan moden. Apa yang lebih unik, ia juga memberi pengalaman istimewa yang membuatkan kita lupa sekejap bahawa kita masih berada di Malaysia…

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
Sumber gambar : Facebook Rasmi Desa Dairy Farm

4. Island Hopping & Aktiviti Air di Taman Tunku Abdul Rahman 

Siapa kata kena terbang sampai ke Hawaii atau Maldives untuk nikmati kecantikan laut crystal clear? Ramai tak tahu, Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) inilah ibarat ‘syurga’ kepada pencinta aktiviti pantai dan air, bahkan ia kini menjadi antara lokasi percutian kegemaran rakyat Korea Selatan. Peminat K-pop mesti tahu kan?

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
Pulau Sapi

Apapun, keunikan TTAR terletak pada lokasinya yang hanya beberapa minit dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu, menjadikannya antara taman marin yang mempunyai ekosistem semula jadi yang masih terpelihara di tengah-tengah kawasan pembangunan bandar. 

Pewartaan TTAR pada tahun 1974 merupakan satu titik bersejarah dalam usaha pemuliharaan marin negara dan menjadi asas kepada perlindungan lima buah pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Gaya dan Pulau Sulug. 

Kalau ada kawan yang sukakan aktiviti lasak, boleh cuba aktiviti seperti parasailing atau ziplining. Bagi yang mahu lebih santai pula, snorkeling dan menikmati suasana pantai sudah cukup untuk mengisi masa.

Jangan lupa bawa kamera dengan pastikan phone korang clear dan ada ruang memori ekstra, takut tak cukup pula nanti nak ambil gambar!

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!

5. Menghayati Keindahan Sunset di Sabah

Antara perkara paling simple yang mesti masuk dalam bucket list ketika berada di Sabah ialah menikmati matahari terbenam.

Kota Kinabalu mempunyai beberapa lokasi yang sesuai untuk menikmati matahari terbenam sambil meluangkan masa bersama kawan-kawan.

Anda boleh layan matahari terbenam di restoran tepi pantai atau rooftop yang menawarkan pemandangan panoramik Kota Kinabalu dan Laut China Selatan.

Kalau mahu suasana yang lebih santai, pergi je ke Pantai Tanjung Aru dan cari kedudukan yang sesuai untuk melihat matahari terbenam. 

Selepas itu, anda boleh berjalan-jalan di sekitar KK Waterfront, ambil gambar sekitar dan cari tempat untuk makan malam. 

Walaupun aktiviti ini ringkas, tetapi inilah antara masa berkualiti yang paling berharga untuk dinikmati bersama kawan-kawan. 

Image from: 5 Aktiviti Menarik di Sabah Untuk ‘Explore’ Dengan ‘Besties’!
(Sumber: Sabah Tourism Board)

Jom Rancang Percutian Anda ke Sabah Sekarang!

Dah terbayang nak jalan-jalan bersama besties ke Sabah? Inilah masa yang sesuai untuk mula merancang percutian anda. 

Kunjungi Sabah Pavilion di MATTA Fair Kuala Lumpur yang akan berlangsung di MITEC bermula dari 4 hingga 6 September 2026 ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang destinasi Sabah serta meneroka pelbagai tawaran pakej pelancongan menarik ke Sabah. 

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan 9.9 Deals dengan diskaun sehingga 30% melalui flash sales. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, inspirasi perjalanan dan idea destinasi di Sabah, layari www.sabahtourism.com.

Tunggu apa lagi, hubungi semua besties korang dan pastikan Sabah sebagai destinasi untuk trip yang seterusnya!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved