Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Terletak di Gamuda Cove, hotel ASAI baru sahaja dilancarkan pada 10 Oktober lalu, menjadikannya sebagai hotel pertama yang dibuka di kawasan tersebut.
Kalau anda nak tahu, hotel ASAI Gamuda Cove yang mempunyai 280 bilik ini terletak betul-betul bersebelahan 1,111 ekar Paya Indah Discovery Wetlands dan merupakan hotel pertama di Malaysia di bawah DUSIT International yang berkonsepkan ASAI Tropical.
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ASAI.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Hotel ASAI Gamuda Cove Kini Dibuka, Lagi Mudah Nak Healing & Enjoy Lebih Lama Di Gamuda Cove Selepas Ini!
Jadi apa yang istimewanya hotel ini? Di bawah kami kongsikan sembilan sebab anda patut masukkan ASAI Gamuda Cove dalam senarai staycation seterusnya. Antaranya:
#1 Berhampiran SplashMania
Seperti yang kami cakap di atas, sebut sahaja Gamuda Cove pasti ramai yang membayangkan SplashMania kan? Berita baik buat yang bercadang untuk menginap di ASAI, taman tema air itu terletak lebih kurang dua kilometer sahaja dari hotel tersebut.
Apa yang lebih menariknya, kalau anda malas nak memandu dan bawa kenderaan sendiri jangan risau, anda boleh menaiki trem sahaja untuk ke sana secara percuma.
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/Tube-Rides-819x1024.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-19_20-02-29-768x1024.jpg)
Beberapa check point trem lain dari ASAI ialah:
- Rud Karting
- Paintball
- Townsquare Park
#2 Lokasi Strategik, 20 Minit Je Dari KLIA
ASAI Gamuda Cove terletak hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ini merupakan penginapan strategik buat anda yang mahu pergi atau pulang dari perjalanan yang jauh.
Yelah mana tahu, dah seharian dalam kapal terbang, tetapi nak pulang balik ke kampung halaman di Utara pula. Fikir sahaja perjalanan jauh tu pun dah boleh terbayang penatnya.
Jadi buat mereka yang mahukan penginapan santai, anda boleh pertimbangkan ASAI Gamuda Cove.
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ASAI-1-1.jpg)
#3 Infinity Pool Dengan Pemandangan Alam Semula Jadi
Seperti yang banyak ditawarkan di hotel-hotel mewah lain, ASAI Gamuda Cove juga mempunyai kolam renang infiniti! Lebih menarik lagi, kolam ini menghadap kawasan tanah lembap yang dipenuhi pokok-pokok hijau.
Dapat layan pemandangan matahari terbenam sambil menyelam serta menikmati kehijauan Paya Indah Discovery Wetlands, memang syok.
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/kolam-3.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ASAI-Gamuda-Cove-1-1.jpg)
Kolam renang infiniti ini terletak bersebelahan dengan Pool Bar yang mana tetamu boleh menikmati koktel atau mocktail dan snek ringan sambil bersantai dengan keluarga atau rakan-rakan. Tapi yang Muslim, pastikan anda memilih mocktail.
Antara menu yang ada:
- Pandan Kaya Toast Traditional
- Tropical Fruit Platter
- Pisang Goreng with Coconut Ice Cream
- Pineapple Sorbet in Young Coconut
- Char-Grilled Kampung Chicken Confit
Lihat lebih lanjut [DI SINI].
Untuk ibu bapa, anda boleh duduk di ruangan Pool Bar ini sambil memerhati anak-anak bermain di kolam renang.
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ASAI-Gamuda-Cove-2.jpg)
#4 Ruang Co-working Dengan Akses Wi-Fi Pantas
Sesetengah daripada kita hanya mahu mencari tempat dan suasana baharu untuk menyiapkan segala tugasan serta kerja yang ada.
Khas buat golongan ini, ASAI Gamuda Cove menyediakan banyak ruangan co-working (kerja bersama) dengan akses Wi-Fi yang pantas.
Buat anda yang mahukan persekitaran yang menenangkan untuk menghilangkan stres sambil menyiapkan tugasan yang tertangguh, bolehlah pertimbangkan hotel ini. Nak buat sesi mesyuarat pun boleh.
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ASAI-Gamuda-Cove-11.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ASAI-Gamuda-Cove-3.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ASAI-Gamuda-Cove-4.jpg)
#5 Banyak Aktiviti Mesra Keluarga Boleh Disertai
Mencari aktiviti untuk penuhkan itinerari anda? Jangan risau selain SplashMania, terdapat banyak aktiviti menarik sekitar ASAI Gamuda Cove yang boleh disertai jika anda datang bersama keluarga atau dalam kumpulan yang besar.
Antaranya:
- Discovery Park: Cove Aerobar, Goosebumps Rope Course, Paintball War Game, RUD Karting, Archery dan lain-lain
- Paya Indah Discovery Wetlands: Safari-Insta Tour, Boat Cruise, Animal Feeding, Adventure Cycling, Bird Watching dan lain-lain
- Wetlands Arboretum Centre: Arboretum Gallery, Orang Asli Retail & Workshops, Urban Farming dan lain-lain
Semasa staycation team BuzzKini sebelum ini di ASAI, kami berpeluang main masak-masak di Wetlands Arboretum Centre. Buat ibu bapa yang mahu mendedahkan anak kecil dengan aktiviti interaktif dan persekitaran hijau dan hidupan, di sinilah tempatnya.
View this post on Instagram
- Paintball War Game
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_22-41-55-768x1024.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_22-42-28-768x1024.jpg)
- Goosebumps Rope Course
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_22-44-56-1-768x1024.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/FDQ3BY5VgAA2Mn9-768x1024.jpg)
- RUD Karting
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_22-48-18-768x1024.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_22-48-22-768x1024.jpg)
- Orang Asli Retail & Workshops
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/IMG_9158-768x1024.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_23-07-30-768x1024.jpg)
- Arboretum Gallery & Safari-Insta Tour
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_23-03-24-768x1024.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/IMG_7849-768x1024.jpg)
#6 Tak Perlu Pening Fikir Nak Makan Mana
Ya macam yang anda baca di atas, tak perlu fikir nak makan mana dah kalau menginap di ASAI Gamuda Cove kerana hotel ini menyediakan tiga tempat makan utama iaitu Nasi & Khao, The Tea Shop dan Pool Bar.
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_23-47-56-1-1024x768.jpg)
Restoran Nasi & Khao yang beroperasi sepanjang hari ini menyajikan pelbagai hidangan gabungan masakan Malaysia, Thai dan Barat. Ia juga merupakan lokasi tetamu menikmati bufet sarapan pagi.
Terletak di sebelah Nasi & Khao, The Tea Shop merupakan kafe yang menawarkan menu seperti pastri dan dessert. Nak mengopi sambil buat kerja pun sesuai.
Manakala Pool Bar yang terletak di aras 3 menawarkan minuman koktel/mocktail serta makanan ringan dengan pemandangan outdoor yang begitu cantik.
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_23-49-32-768x1024.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_23-49-40-768x1024.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_23-49-28-768x1024.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_23-52-15-768x1024.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-25_23-53-20-1024x768.jpg)
#7 Pilihan Bilik Berserta Bunkbed, Sesuai Untuk Staycation Bersama Member
Tengah plan percutian dengan kumpulan rakan-rakan atau keluarga yang ramai? ASAI Gamuda Cove menawarkan dua bilik bunk bed iaitu Biggy Bunk King dengan kapasiti empat (4) pax dan Family Room yang memuatkan sehingga enam (6) orang tetamu.
Family Room yang merupakan bilik bersambung (connecting room) dilengkapi dengan dua bilik air yang besar, ruang makan dan juga tempat melakukan kerja.
- Biggy Bunk King
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ASAI-Gamuda-Cove-9.jpg)
- Family Room
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ASAI-Gamuda-Cove-7.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ASAI-Gamuda-Cove-8.jpg)
#8 Sesuai Untuk Short Getaway Dengan Pemandangan Pokok Hijau
Buat anda yang mahu merehatkan badan dan fikiran daripada urusan harian yang begitu sibuk, penginapan di ASAI merupakan antara pilihan terbaik.
Ini kerana hotel tersebut dikelilingi alam semula jadi dan kawasan tanah lembap yang menjadi habitat pelbagai hidupan liar. Nak hirup udara segar pun rasa tenang je.
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/ASAI-Gamuda-Cove-5.jpg)
#9 Tersedia Dengan Gim & Ruang Lepaq
Tempat bersenam dan ruang bermain game termasuk permainan tradisional dan board game pun ada tau. Gim dan ruang dipanggil sebagai Lepaq ini terletak bersebelahan antara satu sama lain di aras 3.
Nak main congkak, Monopoly, Jenga, permainan kad, semuanya boleh! Kedua-dua fasiliti ini juga berdekatan dengan Pool Bar dan kolam renang infiniti.
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-26_00-13-09-768x1024.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-26_00-13-13-768x1024.jpg)
![Image from: [Review] Selain Dekat Dengan SplashMania, Ini 8 Sebab Lain Kenapa Korang Patut Staycation Di ASAI Gamuda Cove!](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/photo_2026-10-26_00-12-31-1024x768.jpg)
ASAI Gamuda Cove Tawar Promosi Harga Istimewa Sempena Pembukaan
Untuk info, bersempena pembukaan rasmi pengunjung berpeluang menikmati harga istimewa bermula RM250 sehingga 31 Disember 2026.
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menikmati tawaran istimewa lain iaitu:
- 15% diskaun bagi cenderamata
- Sarapan untuk dua orang dewasa di restoran Nasi & Khao
- Dua minuman alu-aluan (welcome drinks) dan snek
- Tempoh daftar keluar (check-out) sehingga jam 2 petang (tertakluk kepada ketersediaan)
- RM100 kredit makan malam bagi setiap penginapan
View this post on Instagram

