Jalur Gemilang dipasang terbalik? NGO berhimpun di Melbourne, bangkit isu Sabah, Sarawak

LocalPolitics
25 Oct 2026 • 12:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan sebuah pertubuhan yang mempamerkan bendera Malaysia secara terbalik ketika demonstrasi di Melbourne, Australia, menarik perhatian apabila ia dikaitkan dengan persoalan mengenai pembentukan Malaysia serta kedudukan Sabah dan Sarawak.

Adakan demonstrasi aman

Pertubuhan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) Australia melakukan tindakan itu ketika mengadakan demonstrasi aman di hadapan Bangunan Parlimen Victoria, Melbourne, hari ini.

Image from: Jalur Gemilang dipasang terbalik? NGO berhimpun di Melbourne, bangkit isu Sabah, Sarawak

Bangkitkan beberapa persoalan utama

Presidennya, Ray Chalmer Jefferson, berkata demonstrasi bersempena Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu bertujuan membawa persoalan sejarah, hak rakyat serta masa depan politik Sabah dan Sarawak ke perhatian antarabangsa.

“Pada Hari PBB ini, kami menyeru masyarakat antarabangsa supaya mendengar suara rakyat Sabah dan Sarawak. Paparan bendera ini membawa mesej keresahan dan tuntutan agar persoalan kami dijawab dengan bukti yang boleh disahkan,” katanya.

Dalam demonstrasi berkenaan, SSKM Australia membangkitkan beberapa persoalan utama, termasuk sumber kuasa yang diberikan kepada wakil Borneo Utara dan Sarawak untuk menandatangani Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963 serta dokumen yang membuktikan perkara tersebut.

Mereka turut mempersoalkan kaedah menentukan kehendak rakyat ketika era pembentukan Malaysia, selain bagaimana penduduk Sabah dan Sarawak hari ini dapat menyatakan pilihan politik mereka secara bebas, aman dan berdasarkan maklumat yang mencukupi.

Susulan itu, pertubuhan berkenaan berpendirian bahawa kesahihan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) wajar dicabar dan dinilai semula menerusi penelitian bebas terhadap dokumen serta aspek perundangan.

Walau bagaimanapun, mereka menjelaskan bahawa pendirian itu perlu diteliti berdasarkan bukti sejarah dan bukannya bermaksud mahkamah telah memutuskan bahawa MA63 tidak sah.

Image from: Jalur Gemilang dipasang terbalik? NGO berhimpun di Melbourne, bangkit isu Sabah, Sarawak

SSKM Australia turut menggesa supaya rekod sejarah berkaitan didedahkan bagi membolehkan penelitian bebas dilakukan, selain meminta badan-badan PBB yang berkaitan mempertimbangkan perkara tersebut mengikut mandat dan prosedur masing-masing.

Pada masa sama, mereka menyokong pelaksanaan referendum secara aman dengan kerangka perundangan yang jelas serta perlindungan demokratik. Namun, pertubuhan itu menegaskan bahawa gesaan berkenaan tidak bermaksud PBB menyokong kempen mereka.

Dalam kenyataan sama, SSKM Australia menolak sebarang bentuk kebencian, ancaman atau permusuhan terhadap rakyat Malaysia.

Mereka turut mengesahkan bahawa organisasi itu beroperasi secara bebas tanpa mempunyai hubungan dengan SSKM United Kingdom (UK).

Sumber: Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved