5 Jalan Di KL Ditutup Sempena Bazar Deepavali

2 Oct 2025 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lima jalan di sekitar ibu kota akan ditutup sementara sempena penganjuran Bazar Deepavali 2025. Jalan itu didutup bermula dari Rabu lalu hingga 19 Oktober ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, penutupan itu bagi memastikan kelancaran acara dan keselamatan pengunjung sepanjang bazar berlangsung.

"Antara laluan terbabit ialah Jalan Bonus 6 (Jalan Masjid India), Jalan Rakyat (Brickfields), Jalan Tun Sambanthan (depan Sentral Suites dan Little India, Brickfields) serta Lorong Chan Ah Tong.

"Penutupan jalan ini bagi memberi laluan kepada pengurusan dan kelancaran Bazar Deepavali 2025, sekali gus mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan selamat kepada pengunjung serta peniaga," katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Sehubungan itu, DBKL menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif atau pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan lalu lintas.