5 Jenama Terkenal Yang Anda Tak Sangka Berasal Dari Malaysia

17 Nov 2023 • 1:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mungkin ada terfikir jenama-jenama ini berasal dari luar negara

5 Jenama Terkenal Yang Anda Tak Sangka Berasal Dari Malaysia. Anda mungkin telah familiar dengan jenama ini kerana populariti mereka yang merentasi seluruh negara. Populariti mereka mungkin membuat anda menganggap bahawa produk-produk ini merupakan jenama yang diimport dari luar negara. Well, things do not appear as they seem.

image is not available
5 Jenama Terkenal Yang Anda Tak Sangka Berasal Dari Malaysia

Dutch Lady

Dengan nama Eropah, anda mungkin menyangka bahawa jenama ini berasal dari negara Eropah seperti Belanda (Dutch).

image is not available
Kredit: The Edge Markets

Jenama ini telah memasarkan dirinya sebagai jenama tenusu Malaysia yang dipercayai sejak tahun 1960-an. Ditubuhkan pada 28 May 1963 di Petaling Jaya, Selangor, ia menjadi salah satu jenama tenusu terbesar dan terkenal yang juga menjadi anak syarikat FrieslandCampina, sebuah koperasi tenusu multinasional yang berpusat di Belanda.

BONIA

Mempromosikan dirinya sebagai ‘peruncit fesyen mewah’ dengan citra Italia, anda mungkin terkejut bahawa jenama ini sebenarnya BUKAN berasal dari Itali, tetapi ditubuhkan di Malaysia!

image is not available
Kredit: Bonia

Dilancarkan pada tahun 1974, BONIA mengkhususkan diri dalam reka, pembuatan, dan pemborongan produk kulit seperti kasut, pakaian kulit, dan aksesori. Selain itu, jenama ini turut dijual di peringkat antarabangsa, termasuk di Singapura.

image is not available
Sebuah outlet Bonia. Kredit: Goldsoft

Jobstreet

Jobstreet adalah sebuah portal pekerjaan yang melayani kedua-dua pencari kerja dan majikan di Asia Tenggara, terutamanya Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Tetapi tahukah anda bahawa syarikat ini ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1997?

image is not available
Kredit: Jobstreet

Sejak itu, lebih daripada 15 juta pencari kerja telah menggunakan portal ini untuk mencari pekerjaan dan anda mungkin pernah menggunakannya pada suatu ketika dahulu semasa menganggur!

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Shangri-La Hotels & Resorts

Salah satu rangkaian hotel paling mewah di dunia, jenama Shangri-La bukanlah asing bagi mereka yang mencari penginapan mewah dan perkhidmatan terbaik. Namun, adakah anda tahu bahawa rangkaian hotel ini diasaskan oleh seorang warga Malaysia pada tahun 1971?

image is not available
Shangri-La Hotel Qingdao, China. Kredit: Agoda

Nama beliau ialah Robert Kuok, dan beliau juga disenaraikan oleh Forbes sebagai tokoh terkaya di Malaysia dalam List of World Billionaires 2021.

image is not available
Robert Kuok, atau juga dikenali sebagai Sugar King. Kredit: Forbes

Shangri-La mempunyai lebih dari 100 hotel dan resort mewah dengan lebih daripada 40,000 bilik di Afrika, Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Utara dan Australia! Ibu pejabat Shangri-La kini terletak di Hong Kong, tetapi ingat bahawa jenama itu mempunyai akar dari Malaysia! (Ok, done claim).

image is not available
Shangri-La Hotel Kuala Lumpur. Kredit: Agoda

Sushi King

Anda mungkin menganggap francais Sushi King yang terkenal berasal dari Jepun atau paling tidak, dari seorang pengusaha Amerika yang terlibat dalam masakan Jepun. Well, anda salah kerana jenama Sushi King adalah 100% buatan Malaysia!

image is not available
Sushi King KLIA2. Kredit: KLIA2

Ditubuhkan pada tahun 1995, rangkaian ini bertujuan untuk menghidangkan sushi berkualiti serta masakan Jepun yang lain dengan harga yang berpatutan. Bermula sebagai satu outlet di Kuala Lumpur, rangkaian ini kini mempunyai lebih dari 100 outlet di seluruh negara, menghidangkan anda kebaikan ala Jepun!

image is not available
Kredit: VKeong

Ini 6 jenama famous lain anda tak sangka berasal dari Malaysia:

Lagi di sini:

https://www.iloveborneo.my/restoran-pilihan-di-miri/

https://www.iloveborneo.my/ketahui-sejarah-5-kingdom-di-sarawak/