5 Kali Lebih Besar Dari Titanic, Kapal Persiaran Icon of the Seas Dijadual Berlayar Januari 2024

Travel
15 Jul 2023 • 12:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kapal persiaran Royal Caribbean Internantional, Icon of the Seas yang bakal mula berlayar pada bulan Januari 2024 telah diiktiraf sebagai kapal persiaran yang terbesar di dunia.

Menurut Independent UK, pihak Royal Caribbean mendedahkan bahawa kapal itu lengkap dengan tujuh kolam renang, termasuklah taman tema air di lautan yang terbesar di dunia.

Selain itu, ia turut mempunyai enam gelongsor air dan sembilan whirlpool, lebih 20 premis makanan dan lebih 15 bar hiburan termasuklah sebuah bar karaoke.

Paling best, ia turut menawarkan permainan rock climbing, arcade serta padang golf mini untuk tetamu-tetamunya.

Kapal persiaran 19 tingkat ini turut mampu memuatkan sehingga 5,610 penumpang dan 2,350 staf. Memang besar sebab panjang kapal ini ialah hampir mencecah 1,200 kaki!

Menurut netizen, kapal Icon of the Seas ini juga dikatakan adalah lima kali lebih besar berbanding kapal Titanic yang tenggelam pada tahun 1912.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen ‘seram’ melihat kapal persiaran mewah ini kerana ia dilihat terlalu besar.

Ada juga warganet yang berpendapat bahawa kapal persiaran itu dilihat tidak menyeronokkan kerana bagi mereka jika mereka mahu berseronok di taman tema, mereka boleh melawat taman tema di daratan seperti Disneyland.

image is not available

Hmmm, apa pula pendapat korang?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.