“5 minit 3 orang jatuh” – ‘Flyover’ Kg Pandan Didakwa Tak Selamat, Boleh Sebabkan Kemalangan

Entertainment
13 Oct 2023 • 1:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, sebagai pengguna jalan raya kita perlu sentiasa cakna dan berhati-hati ketika memandu kereta atau menunggang motosikal.

Pun begitu, kita juga perlu mengambil kira keadaan jalan yang juga boleh menjadi punca kemalangan, seperti yang terjadi di jejambat (flyover) Kampung Pandan berdekatan susur masuk MEX Highway baru-baru ini.

Dalam perkongsian seorang pengguna X, Ts Rezza Danial memuat naik beberapa video yang menunjukkan penunggang motosikal terjatuh di lokasi tersebut kerana keadaan jalan di situ yang licin, lebih-lebih lagi pada musim hujan.

“Jalan kat sini ada besi yang memang licin gila even bukan time hujan pun. Kalau sapa pernah bawak motor dekat sini tahu lah, memang geli-geli tayar moto tu.

Tambah pulak sekarang waktu hujan dan bila nak tukar lorong tu akan break-break atas besi ni,” tulisnya.

Dalam thread yang sama pengguna X itu berkongsi dalam masa 5 minit, terdapat 3 penunggang motosikal yang terjatuh kerana keadaan jalan itu.

Difahamkan, besi yang dimaksudkan ialah sambungan untuk pembesaran jalan (expansion joint), meskipun ianya mempunyai lapisan anti-licin namun lapisan itu boleh ‘haus’ atau semakin rosak selepas beberapa lama.

Harap pihak berwajib ambil tindakan, bahaya tu!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.