5 Pemimpin Negara Yang Mula Kecam Serangan Genosid Terhadap Palestin

29 May 2024 • 2:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua hari selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah yang merupakan tempat perlindungan kepada lebih separuh populasi Gaza, serangan udara dari Israel pada hari Ahad lalu dilaporkan telah membunuh sekurang-kurangnya 45 orang.

Serangan tersebut telah mengenai dan membakar satu khemah pelarian Palestin di bandar Rafah yang terletak di Gaza. Ekoran ini, ramai yang terperangkap dalam kebakaran tersebut telah meninggal dunia dan cedera. Lebih menyedihkan, Menteri Kesihatan Gaza mengatakan bahawa wanita dan kanak-kanak merupakan mangsa paling ramai meninggal dunia dan cedera.

Ekoran dari serangan kejam ini, banyak pemimpin-pemimpin negara yang sebelum ini menyokong Israel telah mula bersuara dan meminta agar genosid ke atas penduduk Palestin ini dihentikan.

Berikut merupakan pemimpin-pemimpin yang mula bersuara mengenai kekejaman Israel:

1. Antonio Guterres

image is not available

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres telah mengutuk serangan Israel ke atas Rafah dengan mengatakan bahawa “kengerian ini perlu dihentikan” kerana tiada tempat yang selamat di Gaza.

Saya mengutuk serangan Israel yang telah membunuh ramai orang awam tidak bersalah yang hanya mencari tempat perlindungan dari konflik memautkan ini.

Tiada tempat yang selamat di Gaza.

Kengerian ini perlu dihentikan.”

2. Gabriel Boric

image is not available

Presiden Chile, Gabriel Boric telah mengecam serangan berterusan Israel di kawasan Gaza yang terkepung dan memanggil tindakan tersebut sebagai “kejam”.

Melalui aplikasi X, Boric telah kongsikan gambar seorang bayi di dalam inkubator, Sabreen, yang kehilangan ibu, bapa dan kakak berusia empat tahun dalam serangan Israel ke atas Rafah pada 20 April lalu.

Jangan kita pernah berhenti terkejut dan marah dengan tindakan kejam yang dilakukan oleh kerajaan Israel di Gaza.”

Boric turut menekankan lebih dari 34,000 penduduk telah dibunuh di Gaza dan meminta gencatan senjata segera dilakukan.

Ketika bercakap dengan wartawan, presiden ini mengatakan bahawa duta negaranya yang telah dipanggil untuk meninggalkan Israel tidak akan dihantar balik ke Tel Aviv selagi genosid di Gaza diteruskan.

Tambahnya lagi, orang-orang Palestin tidak boleh bertanggungjawab atas serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober.

3. Recep Tayyip Erdogan

image is not available

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah mengutuk Israel atas serangan mereka terhadap Rafah yang telah dibuat sebagai zon selamat untuk rakyat Palestin.

Serangan pada Ahad lalu ke atas Rafah yang dibuat selepas arahan dari ICJ dikeluarkan telah mendedahkan sifat kejam semulajadi negara pengganas itu.”

Selain itu, Erdogan turut mengecam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan mengatakan:

Netanyahu dan pembunuhnya cuba untuk mendapatkan kuasa dengan membunuh orang selepas mereka gagal mengalahkan pejuang Palestin.”

4. Emmanuel Macron

image is not available

Presiden Perancis, Emmanuel Macron baru-baru ini telah memuat naik posting di X meluahkan kemarahannya atas serangan Israel ke atas Rafah yang telah membunuh ramai orang.

Saya marah dengan serangan Israel yang telah membunuh ramai orang-orang di Rafah.

Operasi ini perlu dihentikan. Tak ada tempat yang selamat di Rafah untuk penduduk-penduduk di Palestin.

Saya meminta penghormatan penuh kepada undang-undang antarabangsa dan gencatan senjata dengan segera.”

Kenyataan Macron ini turut disokong oleh personaliti TV, Piers Morgan yang sebelum ini telah menyokong serangan Israel secara terang-terangan.

Selain itu, Morgan juga turut meminta Netanyahu untuk menghentikan serangan ke atas orang-orang Palestin dengan berkata:

Apa yang berlaku di Rafah adalah sangat mengerikan. Saya telah pertahankan hak Israel untuk mempertahankan diri selepas 7 Oktober, tapi pembunuhan orang ramai yang tidak bersalah ketika mereka sedang berlindung di kem pelarian ini tidak boleh dipertahankan. Hentikannya sekarang Netanyahu.”

5. Robert Habeck

image is not available

Naib Canselor dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Perlindungan Iklim, Robert Habeck mengatakan bahawa tindakan Israel ini melampau dengan melanggar undang-undang antarabangsa dengan tindakannya di Jalur Gaza.

Kelaparan dan penyeksaan populasi Palestin, serangan di Jalur Gaza yang kita saksikan ini tak selaras dengan undang-undang antarabangsa.”

Namun begitu, Habeck juga turut mengatakan bahawa “peperangan” ini boleh berakhir dengan segera sekiranya Hamas menurunkan senjata mereka.

Sumber: AA, AA, AA, X, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.