
Kota Kinabalu: Lima penjawat awam didakwa membuat tuntutan palsu berjumlah RM61,500 mengenai kos pemindahan ke pelbagai daerah.
Mereka ialah Rozidah Samudin, 52, Myron Masing, 40, Alif Abdul Fatah, 35, Mohd Effendi Awang Damit, 31, dan Ady Said, 38.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga, pada Selasa.
Kesemua mereka bertugas di Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW) Sabah.
SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Rozidah berdepan dua pertuduhan manakala empat lagi lelaki masing-masing satu pertuduhan kerana mengemukakan tuntutan palsu.
Ady turut berdepan lima lagi pertuduhan kerana bersubahat dengan Rozidah, Myron, Alif dan Mohd Effendi.
Bagi Rozidah, dia didakwa mengemukakan resit syarikat pengangkutan untuk penghantaran barangan rumah dan kenderaan berkaitan tugas rasminya tetapi sebenarnya perkhidmatan itu tidak pernah disediakan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di JPBW di sini pada 2 Okt 2017 bernilai RM17,100, dan pada 5 Sept 2019 bernilai RM17,000.
Sementara itu, Myron dan Mohd Effendi didakwa melakukan kesalahan sama pada 8 Sept 2020 membabitkan RM6,250.
Untuk Alif, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Ogos, 2019 membabitkan RM8,480.
Dalam kes Ady, pertuduhan pertama menyatakan dia didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan RM6,450 pada 8 Sept, 2020.
Untuk pertuduhan kedua hingga keenam, Ady didakwa bersubahat dengan Rozidah, Myron, Alif, dan Mohd Effendi dalam membuat tuntutan palsu masing-masing antara 2017 dan 2020.
Pertuduhan itu, mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dibaca bersama Seksyen 18 Akta sama.
Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini untuk sebutan semua kes.
Setiap tertuduh turut diikat jamin antara RM10,000 dan RM15,000 dengan deposit antara RM3,000 dan RM4,000 beserta seorang penjamin tempatan.
Mahkamah turut memerintahkan mereka melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali. Pasport masing-masing diperintahkan untuk diserahkan kepada mahkamah dan mereka diperintah agar tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan sementara menunggu pelupusan kes.
Pegawai Pendakwa Dzulkarnain Rousan Hasbi dan Rekhraj Singh tampil untuk pendakwaan manakala Rozidah diwakili peguam Mohd Luqman Syazwan Zabidi Md Zain, Alif diwakili peguam Yannik Mohd Anuar dan Lim Chun Yuan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



