“50 meter dari insiden sebelum” – Mendapan Baru Dikesan Di Jalan Masjid India

LocalEnvironment
28 Aug 2024 • 10:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu kejadian menggemparkan kira-kira 6 hari lalu berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur di mana seorang warga India dilaporkan hilang selepas terjatuh dalam mendapan tanah dengan kedalaman kira-kira 8 meter.

Setakat hari ini, wanita tersebut masih belum ditemui dan Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga menggunakan khidmat anjing pengesan (K9), Denti dan Frankie bagi mengesan mangsa yang hilang.

Denti dan Frankie sebelum ini pernah terlibat dalam operasi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada 16 Disember lalu.

Terbaru, terdapat satu lagi mendapan baru dikesan sebesar dua kaki, kira-kira 50 meter dari lokasi insiden minggu lalu.

image is not available

Operasi mencari dan menyelamat Vijayaletchumy berusia 48 tahun, warganegara India yang hilang dalam insiden tanah jerlus 23 Ogos lalu, masuk hari keenam hari ini.

Difahamkan, pasukan mencari dan menyelamat tiba di lokasi kira-kira jam 8.30 pagi untuk menyambung operasi mencari dan menyelamat.

Pada masa sama, kerja-kerja pencarian melalui kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di sekitar Masjid India untuk menilai keadaan tanah.

Sumber: Astro AWANI, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.