50 Peratus Diskaun Tol Pada 6 & 7 November Sempena Sambutan Deepavali

LocalSales & Promo
5 Nov 2026 • 12:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari sempena sambutan Deepavali 2026 bagi meringankan kos perjalanan rakyat.

Tol diskaun Deepavali

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, diskaun berkenaan akan bermula pada 12 tengah malam, 6 November (Jumaat) sehingga 11.59 malam, 7 November (Sabtu).

Advertisement

Aexander nanta linggi

Menurut beliau, inisiatif itu melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta kenderaan Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, diskaun tersebut tidak terpakai di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (TTK), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Topup Touch ‘n Go awal awal

Pelaksanaan inisiatif berkenaan dianggarkan melibatkan pampasan sebanyak RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang akan ditanggung kerajaan, tertakluk kepada pengesahan data trafik.

Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menyelaras pelaksanaan diskaun bersama syarikat konsesi terlibat bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna.

plaza tol

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, memastikan baki Touch ‘n Go atau eWallet mencukupi serta mematuhi peraturan jalan raya sepanjang musim perayaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bas2026-10-19 17:46:42

Bantuan RM1,000 Pemandu Bas Sekolah, Maklumat Perlu Dikemas Kini Sebelum 30 Oktober

The post 50 Peratus Diskaun Tol Pada 6 & 7 November Sempena Sambutan Deepavali first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved