500 sukarelawan bersihkan Sungai Klang, kutip lebih 1 tan sampah

1 Jun 2025 • 4:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KLANG, 1 JUN: Sebanyak 1,234 kilogram (kg) sampah pelbagai jenis berjaya dikutip di sepanjang 20 kilometer (km) sekitar Sungai Klang yang bermula dari Royal Selangor Yacht Club (RSYC).

Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain berkata program pembersihan itu turut disertai 500 individu daripada pelbagai agensi, badan bukan kerajaan, persatuan nelayan dan pelajar institut pengajian tinggi.

Menurutnya, program tersebut diadakan susulan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenaan tahap kebersihan di Klang yang perlu dipertingkatkan terutamanya di sekitar Sungai Klang.

“Malah, pemilihan RSYC bagi program pembersihan Sungai Klang amat signifikan dan tepat kerana di sini merupakan titik akhir sebelum airnya mengalir ke Selat Melaka.

“Justeru, segala pencemaran dan sampah dari hulu akan terkumpul di sini menjadikan kawasan ini antara lokasi kritikal untuk tindakan pembersihan dan pemulihan,” katanya.

Ditemui selepas merasmikan Program Pembersihan Sungai di RSYC di sini hari ini, Abd Hamid berkata kutipan dalam tempoh tiga jam itu membabitkan 30 unit bot dan sampan disediakan.

Jelasnya, program tersebut juga akan dilaksana secara berterusan dengan memerlukan kerjasama pelbagai pihak sama ada berskala besar mahupun kecil.

“Kita harap masyarakat terutama penduduk di pesisir Sungai Klang supaya lebih bertanggungjawab, tolong buang sampah di tempat sepatutnya dan amalkan kitar semula sekiranya perlu,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved