500 warga emas DUN Bukit Gasing terima baucar beli-belah Aidilfitri

20 Apr 2023 • 5:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 20 APRIL: Sebanyak 500 baucar Jom Shopping Raya selesai diagih Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing.

Wakil rakyatnya berkata inisiatif Kerajaan Negeri ini dapat dimanfaatkan penduduk terutama warga emas pada musim perayaan.

“Dengan tadbir urus yang baik diamalkan oleh Kerajaan Selangor, kami dapat memberikan baucar kepada warga emas pada setiap musim perayaan.

“Ini akan membantu mereka membeli-belah semasa musim perayaan,” kata R. Rajiv menerusi Facebook.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri DUN Bukit Gasing, R. Rajiv meluang masa bertemu penerima baucar pada program penyerahan baucar Jom Shopping Raya di pasaraya Giant Kelana Jaya, 9 April lalu.

Menurutnya, lebih 700 permohonan baucar Jom Shopping Raya diterima pihaknya.

Dalam pada itu, DUN Bukit Gasing akan menganjurkan dua rumah terbuka sempena Aidilfitri ini iaitu pada 13 dan 14 Mei ini di Gasing Indah dan Pangsapuri Damansara Bistari.

Orang ramai terutama warga Bukit Gasing dijemput hadir dan maklumat lanjut boleh didapati melalui Facebook Rajiv Rishyakaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved