51 Ditahan Dalam Serbuan Parti Dadah Songsang, Seorang Maut

25 May 2026 • 9:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

51 Ditahan Dalam Serbuan Parti Dadah Songsang, Seorang Maut

51 Ditahan Dalam Serbuan Parti Dadah Songsang, Seorang Maut

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Sebanyak 51 lelaki ditahan dalam empat siri serbuan yang membongkar kegiatan penyalahgunaan dadah dan “pesta gay”, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Hussein Omar Khan berkata serbuan bermula 2.35 pagi hingga 5 pagi itu, melibatkan tangkapan 23 lelaki tempatan dan 28 lelaki warga asing berusia antara 21 hingga 52 tahun.

Hussein berkata hasil serbuan di lokasi kejadian, polis turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM103,070, membabitkan cecair methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 1.15 kilogram, serbuk MDMA seberat 284 gram (g), pil ekstasi (8.56g), serbuk ekstasi (8.7g) dan ketamin (11.61g).

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 36 orang positif dadah manakala 15 orang negatif.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati seorang daripada suspek yang ditangkap mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah,” katanya.

Baca juga:

Hussein berkata sebelum serbuan dilakukan, polis mengesan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam parti berkenaan, diusung keluar dari lobi hotel dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital,” katanya.

Beliau berkata kumpulan berkenaan dikesan menjadikan bilik-bilik hotel mewah terbabit sebagai lokasi untuk berhibur, menyalahgunakan dadah serta melakukan aktiviti tidak bermoral.

Kesemua suspek direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.