56 motosikal kena ‘pukat’ di Kemaman

LocalCars
6 Nov 2026 • 4:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 56 motosikal kena ‘pukat’ di Kemaman

KEMAMAN – Sebanyak 56 motosikal disita dalam Ops Bersepadu yang dijalankan di Kilometer 2, Jalan Chukai – Air Putih, berhampiran Chukai, di sini, hari ini.

Dalam operasi selama tujuh jam berakhir 7 pagi itu sebanyak 248 notis kompaun turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, sebanyak 80 motosikal yang dinaiki 150 penunggang dan pembonceng telah diperiksa dalam operasi terbabit.

“Sebanyak 56 motosikal terlibat telah disita disebabkan pelbagai kesalahan trafik.

“Antaranya penunggang gagal mematuhi tunjuk arah trafik (49 kes), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan (23), tiada cermin sisi (21) dan tiada lesen memandu (20),” katanya di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, kesalahan lain yang dikesan ialah mengubah suai ekzos, aksesori dan struktur motosikal tanpa kebenaran.

Beliau berkata, sebahagian motosikal yang disita juga tiada mempunyai nombor pendaftaran dan tiada cermin sisi. – KOSMO! ONLINE

The post 56 motosikal kena ‘pukat’ di Kemaman appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved