Mekanik maut ketika pandu uji motosikal yang dibaiki

3 Nov 2026 • 12:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mekanik maut ketika pandu uji motosikal yang dibaiki
Seorang mekanik motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan ketika melakukan pandu uji di susur keluar Plaza Tol Cheneh di sini pagi tadi.

CHUKAI - Seorang mekanik motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan ketika melakukan pandu uji di susur keluar Plaza Tol Cheneh di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, mangsa Muhammad Zulfiqar Aliff Mamat, 25, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata. siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju Kuala Terengganu sedang melakukan pandu uji motosikal yang telah dibaikinya.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kanan dan terbabas ke atas jalan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Mohd Razi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved