87 saman dikeluarkan, enam motosikal disita di Gua Musang

30 Oct 2026 • 3:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 87 saman dikeluarkan, enam motosikal disita di Gua Musang

GUA MUSANG – Sebanyak 87 saman dikeluarkan dan enam motosikal disita dalam Op Bersepadu di sekitar Bandar Gua Musang di sini malam tadi.

Operasi yang dijalankan polis dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Gua Musang itu turut menahan dua lelaki tempatan berusia 16 dan 19 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, operasi bermula pukul 11 malam itu membabitkan seramai 44 pegawai dan anggota daripada pelbagai bahagian serta agensi.

Katanya, sebanyak 55 individu dan 46 motosikal diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 87 saman dikeluarkan iaitu 56 saman oleh pihak polis dan 31 saman oleh JPJ.

“Kesalahan yang dikesan antaranya tidak mempunyai lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi serta ekzos dan struktur motosikal diubah suai,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, kesalahan lain turut melibatkan kegagalan mempamerkan lesen percubaan serta kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans.

Katanya, enam motosikal disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 masing-masing tiga oleh polis dan JPJ. – KOSMO! ONLINE

The post 87 saman dikeluarkan, enam motosikal disita di Gua Musang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved