6 cedera nahas dua kereta

17 Jun 2025 • 10:01 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

TAMPARULI: Enam orang awam dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Tamparuli-Ranau berhampiran Kampung Togop di sini, Ahad lalu.

Dalam insiden jam 2.45 petang itu, kesemua mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohammad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.47 petang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Katanya, seramai enam anggota termasuk pegawai dikerah ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat enam mangsa terlibat kemalangan yang membabitkan kenderaan van Toyota Hiace dan Proton Saga VVT.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dihantar ke Hospital Tuaran bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Mohammad Nor berkata, pasukan bomba turut memeriksa keadaan kedua-dua kenderaan dan sekitar lokasi bagi memastikan tiada punca bahaya lain.

“Punca kejadian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada jam 3.40 petang,” ujarnya.