Warga Filipina, 60, parah dalam kemalangan di Sook

9 Jun 2025 • 8:03 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

SOOK: Seorang lelaki warga Filipina berusia 60 tahun cedera parah selepas kenderaan Toyota Avanza yang dipandunya terbabas dan terbalik di tepi jalan raya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook Faisal Ahmad berkata kemalangan pada pagi Ahad di Batu 26 Jalan Sook - Nabawan itu menyebabkan mangsa yang dikenali Mohd Basir Islali tersepit dalam kenderaan.

Sementara itu katanya, isteri mangsa Raidah Agus, 56, dan anaknya Mohd Pahad Mohd Basir, 32, tidak tersepit dan hanya mengalami cedera ringan selepas dibantu oleh orang awam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebaik sahaja menerima panggilan, anggota Bomba dan Penyelamat Sook bergegas ke tempat kejadian dan menjalankan operasi dan mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya ketika dihubungi.

Pemandu dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaannya terbabas sendiri dan merempuh pagar tapak semaian sawit sebelum terbalik di tepi jalan.