
6 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, seluruh kawasan di Selangor, WP Kuala Lumpur serta WP Putrajaya.
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Pendang, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula melibatkan Hilir Perak dan Muallim.
"Sementara di Pahang pula melibatkan kawasan Raub dan Bentong. Bagi Negeri Sembilan, hanya dua daerah diramal hujan, Jelebu dan Seremban.
"Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan adalah Pedalaman (Nabawan)," maklum kenyataan itu.
Baca juga:Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
