
Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
"Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Manakala di Terengganu pula termasuk Hulu Terengganu dan Dungun.
"Sementara di Pahang pula seperti Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).
"Bagi Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang dan Tenom) dan Tawau (Tawau)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut
