6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

20 Jul 2026 • 6:54 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

KUALA LUMPUR - Enam pelajar perempuan berusia antara 12 hingga 16 tahun didakwa di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di Kota Kinabalu atas pertuduhan merusuh berhubung satu insiden yang tular di media sosial.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus hari ini.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi anggota suatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan niat bersama untuk menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun, menggunakan kekerasan di luar pintu pagar sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu, kira-kira jam 8 pagi pada 22 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 September depan sebagai tarikh pengurusan kes praperbicaraan.

Setiap tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan deposit RM500, selain syarat sama ada bapa atau ibu masing-masing bertindak sebagai penjamin.

Kes akan diteruskan dengan prosiding mahkamah selanjutnya pada tarikh yang telah ditetapkan. - Getaran, 20 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved