6 Pihak Dilaporkan Membida Untuk Kontrak Sistem Tol Tanpa Palang – Termasuk TNG Dan Setel

LocalBusiness & Finance
10 Nov 2025 • 4:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan sedia menyatakan hasrat untuk mengimplementasi sistem tol tanpa palang di pelbagai lebuhraya dalam beberapa tahun lagi. Selari dengannya,  pelaksanaan sistem tol tanpa palang dilaporkan dibuka bidaan oleh Kementerian Kerja Raya, dan sekitar enam pihak telah menghantar bidaan masing-masing dalam membangunkan sistem tol tanpa palang berkenaan.

Menurut laporan TheEdge, enam pihak tersebut terdiri daripada pelbagai nama besar yang membentuk konsortium. Antara yang menghantar bidaan pelaksanaan sistem berkenaan adalah termasuk:

  • JustGo Digital (anak syarikat milik penuh PLUS Malaysia)
  • Touch n Go, disokong oleh Prolintas (Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd)
  • Konsortium Jaringan Selangor (milik penuh YTL Communications) dan SEP Synergy, yang disokong oleh IJM Corp (menguruskan Sungai Besi Expressway, New Pantai Expressway, Lebuhraya Kajang-Seremban) dan Tailworks Corp Bhd (menguruskan Lebuhraya Grand Saga dan Lebuhraya Grand Sepadu)
  • Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (menguruskan aset lebuhraya Kesas, Lingkaran Trans Kota, Sprint, dan SMART) bekerjasama dengan PayNet.
  • Setel Ventures Sdn Bhd (anak syarikat Petronas)
  • Syarikat usahasama antara keluarga diraja Malaysia dan konsortium Qatari, menggunakan teknologi Korea Selatan
image is not available
PLUS sedia menguji penggunaan pengecam nombor plat untuk sistem tol tanpa palang

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah yang akan memenangi kontrak berkenaan. Mengikut laporan awal ini, ia dilihat setiap pihak bekerjasama dengan penyedia dan pengurus lebuhraya berbeza dalam membida.