Sistem Tol Tanpa Palang Masih Belum Muktamad

LocalTechnology
10 Nov 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Projek sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), kini berada pada peringkat permintaan untuk cadangan (RFP).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya membuka peluang kepada mana-mana pihak berminat untuk mengemukakan cadangan bagi pelaksanaan sistem tol tanpa palang itu.

image is not available

"iA adalah antara langkah strategik ke arah pelaksanaan sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) yang lebih cekap dan efisien.

"Kita mengamalkan sistem RFP, jadi kita juga menggunakan kaedah perniagaan kepada perniagaan. Sekarang, kita masih buka kepada pihak yang berminat, dan menerima pelbagai cadangan daripada mereka.

"Pelaksanaan sistem tol tanpa palang itu dijangka dapat dimuktamadkan pada tahun depan kerana kita tidak mahu terburu-buru dan perlu meneliti secara terperinci.

"Ia kerana pelaksanaan sistem itu akan memberi implikasi besar kepada pelbagai pihak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan tapak di projek pembaikan cerun di laluan FT006 Seksyen 40.84 Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang di sini, hari ini.

image is not available

Sistem ANPR mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan melalui kamera dan membolehkan bayaran tol dibuat secara digital tanpa tunai, selain menyediakan paparan e-invois, semakan transaksi serta pelbagai perkhidmatan mobiliti lain melalui satu platform digital bersepadu.

Pengguna hanya perlu mendaftar secara dalam talian menggunakan maklumat pengenalan diri, kenderaan dan kaedah pembayaran.