60,000 Tiket Konsert My Chemical Romance ‘Licin’ 

LocalMusic
11 Jul 2025 • 5:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

60,000 Tiket Konsert My Chemical Romance ‘Licin’

Sebanyak 60,000 tiket konsert kumpulan rock popular dari Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR) habis dijual dalam tempoh 90 minit selepas mula dibuka pada jam 11 pagi, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penganjur, Adam Ashraf dalam satu hantaran di Facebook.

“Terima kasih Malaysia. 60,000 tiket ‘sold out’ (habis dijual) dalam hanya 90 minit! Korang memang dahsyat!,” katanya.

Dalam masa yang sama, dia memohon maaf kepada peminat yang tidak sempat mendapatkan tiket.

“Maaf pada mereka yang tidak berjaya. Saya dan team Hello Universe akan cuba semampu saya untuk menggembirakan semua. Kekal tenang,” katanya.

Sebelum ini, kumpulan rock terkenal itu memilih Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi konsert jelajah Asia Tenggara yang akan berlangsung pada 2026.

Menerusi pengumuman yang dimaklumkan dalam media sosial mereka, konsert itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 April 2026.

Selain Kuala Lumpur, kumpulan itu juga akan mengadakan konsert di Incheon(Korea Selatan), Bangkok(Thailand), Bulacan(Filipina), Singapura dan Jakarta (Indonesia).

Selain di Asia Tenggara, mereka juga akan mengadakan konsert di Amerika Selatan sekitar Januari hingga Februari tahun depan.

MCR merupakan kumpulan rock dari New Jersey yang diasaskan sekitar 2001 oleh vokalis dan penulis lagu, Gerard Way. Ia turut disertai Ray Toro, Frank Iero dan Mikey Way.

Walaupun telah berdekad di dalam dunia seni, MCR masih lagi relevan dan sehingga kini mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

Antara lagu yang popular adalah Welcome to The Black Parade, Helena, I Don’t Love You dan I’m Not Okay.