“App down, website down” – Penangan Konsert MCR, Ramai Berang Susah Beli Tiket

Entertainment
11 Jul 2025 • 4:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, kecoh bagi peminat muzik bergenre emo rock kerana kumpulan yang terkenal bagi genre tersebut iaitu My Chemcial Romance (MCR) sudah mula menjual tiket untuk ke konsert mereka tahun depan.

Konsert yang bakal berlangsung pada 30 April 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil itu merupakan kali kedua kumpulan itu membuat persembahan di Malaysia, sebelum ini mereka pernah membuat persembahan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2007.

Bagaimanapun, jualan tiket yang berlangsung hari ini membuatkan ramai peminat berang kerana difahamkan ramai yang gagal membeli tiket konsert kumpulan daripada Amerika itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hello Universe (@hellouniversemy)

Malah, ramai yang mengatakan laman web itu tidak dapat menampung kapasiti pembeli tiket dan disebabkan itu ramai yang stuck di laman web tersebut selama berjam-jam tetapi masih tidak dapat membeli tiket itu.

Rata-rata dalam ruangan komen di hantaran berkenaan marah kerana tidak dapat menonton kumpulan kegemaran mereka itu, selain mengajak orang ramai untuk menggunakan server negara lain.

image is not available

Alamak, harap ada peluang lagi nak beli tiket MCR

Sumber: Instagram

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.