60 Tahun Negara Jalin Hubungan Diplomatik, Agong Undang Putin Lawat Malaysia

LocalWorld
10 May 2026 • 2:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menjemput Presiden Rusia Vladimir Putin untuk mengadakan lawatan negara ke Malaysia pada tahun 2027 sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Terima jemputan rasmi daripada pemimpin Rusia

Menerusi kenyataan rasmi di laman sosial Sultan Ibrahim, jemputan itu disampaikan ketika Seri Paduka Baginda mengadakan pertemuan bersama pemimpin Rusia tersebut di Moscow.

Dalam pertemuan berkenaan, Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan atas sambutan mesra yang diberikan sepanjang lawatan Baginda ke Rusia.

Image from: 60 Tahun Negara Jalin Hubungan Diplomatik, Agong Undang Putin Lawat Malaysia

Hubungan diplomatik berkembang baik

Putin pula menyifatkan hubungan Malaysia dan Rusia terus berkembang baik termasuk dalam aspek diplomatik, ekonomi dan kerjasama antarabangsa.

“Hubungan antara negara kita berkembang dengan baik. Tahun depan kita meraikan ulang tahun hubungan diplomatik,” kata Putin dalam pertemuan bersama YDP Agong, sambil menambah bahawa kedua-dua negara bekerjasama secara aktif di arena antarabangsa, termasuk di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN.

Image from: 60 Tahun Negara Jalin Hubungan Diplomatik, Agong Undang Putin Lawat Malaysia

Menurut Presiden Rusia itu, hubungan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara juga menunjukkan perkembangan positif meskipun terdapat sedikit penurunan dalam jumlah perdagangan sebelum ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana bersama kami dan menyatakan harapan agar hubungan kedua-dua negara akan terus berkembang kukuh seperti yang telah terjalin sebelum ini,” kata pemimpin Rusia itu.

Image from: 60 Tahun Negara Jalin Hubungan Diplomatik, Agong Undang Putin Lawat Malaysia

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong telah melakar sejarah apabila menjadi Ketua Negara Malaysia pertama diundang sebagai Tetamu Kehormat ke Sambutan Ulang Tahun Ke-81 Hari Kemenangan di Moscow, Rusia

Undangan khas daripada Presiden Rusia Vladimir Putin  kepada baginda mencerminkan pengiktirafan tertinggi kerajaan negara berkenaan terhadap Malaysia serta hubungan baik antara kedua-dua negara.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

The post 60 Tahun Negara Jalin Hubungan Diplomatik, Agong Undang Putin Lawat Malaysia appeared first on Borak Daily.

View Original Article